AhFai - Dunia Oh! Mereka feat. Karnine Coco





AHFAI DUNIA OH MEREKA

Hari ini aku bertuah sebab zul pm aku mintak aku up profile aku untuk dia letakkan dalam blog dia.Huh..klau aku nak tulis semua pasal keobsesi dan jalan masa lalu aku dalam muzik ni mau nya 7-8 page ..silap-silap org baca sekerat off sbb panjang sangat..hahahaha..aku cuba ringkaskan dan tonjolkan moment dan benda penting sebagai pengenalan tentang aku.

LATAR BELAKANG
Nama : AHMAD FAIZAL BIN AHMAD FAZIL
NAMA PENDEK : AHFAI
TEMPAT LAHIR : ALOR SETAR
PERKERJAAN : PENGURUS PEMASARAN


FERRYCHILL

Sebelum aku pakai nama Ahfai..aku menggunakan nama FERRYCHILL ni untuk segala hal tentang karier muzik dan kerja2 belakang tabir..sampai ada satu masa aada wartawan tanya aku apa maksud nama ferrychill tu…bila aku terfikir ohh..ferrychill tu gabungan FERARRI dan KANCIL…dari besar ke kecik patutnya dari kecik ke besar..wartawwan tu sebut mcm tu…then pada ketika aku dan band aku FErrychill And Seven Four berpecah aku decided untuk tukar nama dan lupakan ferrychill tu dan bergerak menggunakan nama AHFAI


KENAL ZULZAIDI

Aku kenal mamat nih masa tu kat fb kot time tu sama2 tunggu result dapat ke tak masuk KEYNOTE..then dari situ kami mula chitchat dan bertukar falsafah tentang muzik dan tiba2 bleh on satu projek muzik tanpa sengaja..time tu aku pun tengah try cri sapa lah yg boleh bekal lagu baru kat aku..sbb asyik nyanyi lagu buatan sendiri je..then lahir lah lagu Hatiku….masa awal rekod dan buat keja dgn mamat nih adeh mcm nereka..punya cerewet..sampaikan take vocal lagutu sebulan baru dia nak puas hati..sampai skrg dah brapa lagu kami buat..dia yang mampu bertahan dan bersabar dengan karenah vocal aku..yg lain byk dah lari..hahahaha
Satu lagi mamat nih sangat serius dan suka eksplore muzik dan benda baru dan x sengket ilmu,masa dan duit untuk mencapai kepuasan dalam minatnya dalam bidang seni ni..


DUNIA OH MEREKA

Lagu ni first time aku dan zul eksperimen untuk buat lagu koloberasi ..yang mana melodi dan lirik lagu ni terlahir masa kami dua tengah bosan2 dan cuba create sesatu lagu secara spontan yang bertemakan keamanan sejagat cewaahhh… lirik dia aku sendiri sambung ambik masa juga sambil si zul menyelit dgn perkataan yang dengar pelik tapi best tuk melengkapkan lagi lagu ni…

Bila dah siap lagu ni then baru fikir sapa la yang sanggup dan nak berfeaturing dgn aku ni tuk projek ni..Anuar zain mmg x masuk senarai ..time aku cari kawwan2 aku yang kenal then tiba2 muncul nama karnine coco yang mana aku pernah kerjasama untuk buat MV kumpulan coco satu ketika dulu.Aku terus kol dan pancing ajak jumpa..tuk sembang pasal ni..dia kata okay..terus aku dgn zul booked studio kat Wangsa Maju – Hot sound x salah…

zul demand skit untuk lagu ni dia xmau buat kat rumah dia…dia nak buat yg proper..then berkurung lah kami di studio tu sampai dekat 4 jam lebih…dengan slumbernya dan kofidennya kami take vocal sampai ada skali tu siap jumpa jalan buntu sbb part ni nak sambung sapa nak nyanyi..part ni nak nyanyi nak pakai lenggok mana..nak ikut sapa..sampai ujung2…

Okay zul ..aku berserah kat hang..kita tgk dulu hasil yg ni…selepas seminggu dengar balik..perghhh…kelaut….lepas berkonfretasi dan berkhayal mencari solusi dan di situ kami belajar sesuatu tentang cabaran lagu featuring dan penyelarasan vocal dan melodi..akhirnya kami putuskan untuk retake vocal..kali ni kami terjah studio Ag – Kamar Seni dekat Bandar Tasik permaisuri..alhamdulillah kali ni lebih baik dan kerja berfaedah jugak…


HALATUJU KEDEPAN

Insyaallah aku sedaya upaya nak selesaikan projek album aku yang dah beberapa tahun tertangguh dan dah x banyak untuk di selesaikan ..album tu ada setangah lagu adalah hasil tangan zul..ada hasil taja meet uncle Hussain..dan beberapa org lagi… antara lagu yang aku dah rekod

1. HILANG
2. HATIKU
3. PELANGI
4. PERPISAHAN
5. DUNIA OH MEREKA
6. MENGEJAR MIMPI
7. HINGGA HUJUNG WAKTU
8. KITA JUARA

Dah tak banyak tinggal dua lagu lagi tuk siapkan..kalau zulzaidi tgk ni harap ambik maklum naah..hahahaha


HARAPAN

Aku tak mengharapkan yang benda ni akan mencapai box office atau menjadi juara carta radio cukup karya seni aku ni di terima dan mampu memberi manfaat ..nak jugak jadi superstar macam faizal tahir tuu..Cuma terlalu tinggi pula..jika takdir tu sampai alhamdullillah..jika tak aku tetap nak menghargai dan teruskan apa yang pernah aku buat sebelum ini untuk muzik aku..dan terima kasih banyak zul yang slalu bangunkan aku dan slalu bagi ruang dan idea untuk tak give up..Aku rasa stakat ni dulu aku coret untuk entri pertama ni..






Lyric Video by Mellowstereo Music Production SUBSCRIBE APPLE MUSIC - DUNIA OH! MEREKA DEEZER - DUNIA OH! MEREKA JOOX - DUNIA OH! MEREKA KKBOX - DUNIA OH! MEREKA Performed: AhFai Title: Dunia Oh Mereka feat. Karnine Coco Lyricist: Zulzaidi AhFai Produced: Zulzaidi Email: zulz.mix@gmail.com Music: Zulzaidi

Untuk mendapatkan Caller Tunes "Dunia Oh! Mereka"(feat. Karnine Coco) daripada "AhFai"
1. Maxis CRT: Dail *131*635811# and press CALL/SEND
2. Maxis CRT: Dail *131*635812# and press CALL/SEND - Chorus
3. Maxis CRT: Dail *131*635813# and press CALL/SEND - Pre Chorus
1. Digi CT: Dail *233*1359673# and press CALL/SEND
2. Digi CT: Dail *233*1359674# and press CALL/SEND - Chorus
3. Digi CT: Dail *233*1359675# and press CALL/SEND - Pre Chorus
1. U-Mobile : Dial *118*5*2* < 9183786># dan tekan call/send
2. U-Mobile : Dial *118*5*2* < 9183787># dan tekan call/send - Chorus
3. U-Mobile : Dial *118*5*2* < 9183788># dan tekan call/send - Pre Chorus
1. Celcom CMT: Dail *323*320431# and press CALL/SEND
2. Celcom CMT: Dail *323*320432# and press CALL/SEND - Chorus
3. Celcom CMT: Dail *323*320433# and press CALL/SEND - Pre Chorus


Post a Comment

Previous Post Next Post