Rudy - Setia

Hi!

Sebuah lagi lagu yang berjaya di siapkan di waktu lapang sambil menikmati kehidupan yang penuh dugaan ini. Lagu yang bertajuk "Setia" ini dinyanyikan oleh Rudy sendiri. Co-write/Produced/Mixed oleh aku sendiri. Penat tapi berbaloi sebab minat punya pasal.

Sejarah karya ciptaan Rudy ini bermula dengan sebuah video yang dihantar olehnya kepada aku melalui whatsapp. Kandungan dalam  video ini hanya statik di mana Rudy memetik gitar sambil menyanyi lagunya sendiri dengan durasi 02:36. Kebetulan aku WFH dan ada sket masa jadi aku pon cuba je buat. Tak sangka boleh siap lagunya. 

Bermula dengan "Demo" aku anta ke Rudy sampailah Full arrangement dan akhirnya Rudy memilih untuk membuat rakaman vokal di Studio JK Musicvibe.  Banyak benda juga aku belajar selepas menerima Vokal Raw dari studio ni. Aku belajar buat editing, tuning, fixing, eq, mixed dan hantar mastering. Kira waktu aku WFH dulu aku banyak tengok tutorial pasal penggunaan Cubase melalui laman web cubase sendiri. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada aku berjaya siapkan lagu Rudy.  


Obstacle :

Ada beberapa dugaan sewaktu menyiapkan vokal Rudy ni. Tapi aku rasa semua penyanyi amatur juga menghadapi perkara sama. Berikut aku cuba detailkan

1. Selesa sewaktu merakam

- Penyanyi itu sendiri kekadang tak tau ape erti selesa sewaktu menyanyi

2. Tekanan

- Tekanan akibat terlalu banyak take untuk sesuatu verse/chorus.

3. Waktu

- Ni paling sempoi! Vokalis order waktu yang singkat untuk siapkan keseluruhan rakaman suaranya. Tempoh yang singkat akan membuat vokalis mendapat lebih tekanan untuk meet target dan boleh hancuss sesebuah sesi rakaman jika vokalis tidak boleh menghabiskan sesi rakaman tersebut.

4. Confirmation Take

- Ni pon jahanam jugak. Aku selalu buat salah decision dalam confirming sesuatu melodi verse/chorus dari vokalis dan akibatnya agak perit untuk di betulkan.


Ideas :

Recording operator/Recording Engineer maybe boleh add 1 plugin live tune untuk mendapatkan confirmation vokalis add sebagai FX/Insert mengikut DAW masing-masing. Jadi kita tahu vokal part semua boleh di tune mengikut FEEL/KEY yang betul. Contoh macam "Waves Tune Real Time".


Advice :

Para vokalis! Jika nak rakam suara anda,  pastikan deal dengan studio pakej lengkap sekali dengan fix Tune/Time pitch/Tone dan Key yang betul. Keluar duit lebih sket janji final vokal kita akan mudah di proses oleh Mixing Engineer. Vokal adalah segalagalanya! :)


Next aku target untuk menambah baik lagi kualiti lagu - lagu yang aku produce. Tahun 2022 nanti masih ada 2 buah lagu untuk di proses dibawah Mellowstereo Music Production". Semoga semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan. 

Saya sertakan link lagu di bawah.

Sekian,



Post a Comment

Previous Post Next Post